Followers

Tuesday 27 August 2013

#18 Ayam Serai Cinonet

Assalamualaikum...NEW resepi dari saya..  hihihi..jom TRY !



Bahan-bahan
Ayam
Serai
*Cili boh@lada kering
*Bawang merah
  Bawang besar(hiris)
*Bawang putih
*Halia
Daun limau purut
Garam
Ajinomoto
Air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit


Cara-cara
1. Goreng ayam yang telah digaulkan serbuk kunyit dan sedikit garam separuh masak...
2. Ketepikan ayam yang telah digoreng,tumiskan bahan yang telah dikisar halus sehingga naik minyak....
3. Masukkan air asam jawa kemudian tunggu sehingga kering sedikit,jika terlalu kering tambahkan sedikit air....
4. Masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati
5. Masukkan daun limau purut...
6. Rasa,jika tawar tambahkan sedikt garam


Tips
# semasa menumis.pastikan bahan yang ditumis itu masak sepenuhnya.jika tidak nanti akan akibatkan sakit perut..cara untuk mengetahui sama ada bahan itu dah masak ke belum lihat pada permukaan atas bahan,jika minyak dah timbul,masak la tu...

Monday 12 August 2013

#17 Popia gulung Nestum dan Horlicks

Assalamualaikum.. selamat hari raya semua...

sori la bru berkesempatan nak update blog ni.. busy sgt.. al maklumlah dah nak smpai majlis besar ... hihi
okay tanpa membuang masa lagi..cewaahh mcm pengacara plak ni.. korg nmpk tak tajuk entry aku yg besar atas tu..haa ni resepinya..

Bahan-bahan
+ Kulit popia
+ Nestum-> dikisar halus
+ Horlicks
+ Gula-> dikisar halus
+ Putih telur (agen pelekat)
+ Gunting
+ Minyak untuk menggoreng

Cara caranya
-- Gulung popia sehelai demi sehelai. gulung rapat rapat okey.. bila dah sampai hujung tu calitkan sedikit putih telur tuk lekatkan kulit popia tu. gulung sampai habis kulit popia yang ade..
-- Bila habis popia tu digulung guntingkan popia tu secara meruncing.. kemudian goreng la dlm minyak yg panas dgn api yg sederhana sehingga popia bertukar warna keemasan dan boleh asingkan dari kuali.
-- Sejurus selepas diasingkan dari kuali golek golekkan popia tu bersama campuran nestum, horlicks dan gula tadi. Siap untuk dimakan


Mudah kan..cubalah..bkn tuk raya aje..hari biasa pon blh buat dan makan sebagai kudap kudapan :) Gerenti sedap..


.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ..

Monday 22 July 2013

#16 Kupang Rebus

assalamulaikum semua... selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak.. smoga bulan ramadhan kali ini membawa seribu makna kpd semua..amin... alhamdulillah dah hampir 2 minggu kte berpuasa.. tak lama lagi nak raya..

okay cukup sampai situ, nnti ble lgi bnyk menaip kau lagi merepek.. hihi orait, korang jgn ingt aku nk post resepi khas bulan ramadhan pulak.. sape suka makan kupang?? haa yg mane suka makan kupang tu sila sila lah jenguk resepi ni.. simple sangat..

kasi view gambar dulu


Bahan-bahan

_  1kg kupang
_ 2 helai daun kunyit
_ 1 inci halia
_ 6 ulas bawang putih
_ air
_ garam
_ lada putih
_ 2 batang serai (tak nak letak pon xpe)

Cara-caranya

~ Basuh bersih kupang tu semua, masukkan ke dalam periuk yg berisi air.. *agk agk tenggelam semua kupang tu ok la tu..
~ Masukkan daun kunyit, halia, serai, bawang putih, dan garam secukup rasa..**campak2 aje hehe
~ Bila dah menggelegak masukkan lada putih *petua= lada putih bertujuan untuk mengelakkan sakit perut bila makan kupang
~ Bila kulit kupang tu terbuka maknanya siap tuk dimakan..hehehehe

Simple kan.. sape sape je boleh buat..


SELAMAT MENCUBA!!


Tuesday 18 June 2013

#15 Tumis Timun Batang bersama Telor

assalamualaikum semua..
kembali lagi bersama resepi campak-campak ku yang baru..hihi

Haa..slrppp!! lapar pulak ni rse ni.. lauk yg simple tp sedap, nak lagi kalau makan dengan nasi putih, panas-panas...perghh...nak resepi?? nah ambik..

BAHAN-BAHAN
2biji telor
2batang timun (timun tu cari yg muda ye..kalau tua sgt nnti xsedap sbb bnyk airnya yang keluar)
bawang merah, bawang putih & sedikit halia *(aku agk2 je bnyk mne pon)
1biji bawang besar *dihiris bulat-bulat
cili boh/cili giling
sedikit perasa
 CARA-CARANYA
bawang merah, putih dan halia ditumbuk lumat (nk blend pon boleh)
pecahkan telor ke dalam mangkuk
hiris timun batang *noted-buang biji ditengah dan jgn hiris terlalu nipis
tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau, pastikan cili boh tu btl2 masak ye..
kemudian masukkan timun, gaul sebati
masukkan perasa dan goreng sampai masak..
done..!!
Selamat Mencuba!

Monday 27 May 2013

14# Ikan Goreng Sambal Masam Manis

assalamualaikum..salam ceria pada hari ini....
ceria lah sangatkan..hari ni la hari paling malas sekali kan???
siapa setuju dengan aku?hehehe
kali ni aku nak share resepi ikan pulak...


amacam???slurpppp....aku pulak yang terliur nih(syok sendiri pulak)...hahahaha
bahan-bahan untuk buat ni mudah je..
aku kalau masak suka reka sendiri je..
letak je apa yang aku suka dan apa yang ada kat dapur...

 BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan 
sedikit kunyit
sedikit garam
sedikit serbuk kari
1 biji bawang besar (dadukan)
 2 sudu cili boh
1 sudu kecil madu
2 helai daun limau purut

CARA MEMASAK
gaulkan ikan dengan kunyit+garam+serbuk kari
goreng hingga masak
tumiskan cili boh+bawang hingga masak
masukkan daun limau purut
akhir sekali masukkan sedikit garam dan madu
letakkan sambal yang siap ditumis tadi ke atas ikan yang telah digoreng
hidangan siap...

TIPS
  1. jika jenis ikan yang digunakan isinya tebal,korang perlu kelarkan dulu sebelum goreng untuk memudahkan rasa sambal menyerap ke isi ikan supaya rasa ikan tak terlalu kosong
  2. pastikan cili boh ditumis sehingga naik minyak menandakan cili tu dah masak..kalau tak ke tandas je la korang nanti...hahaha
  3. jika tidak suka gunakan cili boh boleh digantikan dengan cili kering yang dikisar halus,tetapi pastikan tidak guna terlalu banyak kerana cili kering lebih pedas dari cili boh.
SELAMAT MENCUBA!!!!





Thursday 23 May 2013

Lucky ONE!!!

hai korang...hari ini ada sesuatu yang special...
nak tau apa yang special tu??
aku nak riview follower aku yang ke-300!!!
taraaaaaaaaa ni bukti aku paste kan 

nampak tak tuan belog yang comel tu...hehehehe
kat bawah ni aku paste kan rupa blog dia yang cute tu...

comellll kan??AKU INSAN BIASA...woaaahhh boleh jadi tagline nih...
korang pun rajinkan lah diri singgah ke blog dia ye
dan kebetulan jugak aku tengok entri dia ade jugak masak-masak macam aku...
hahahaha mungkin sama minat nih....
jom ramai-ramai serbu ke blog cik Diela ni...klik kat sini

# sebenarnya aku ni bukan pandai sangat nak taip panjang lebar...
benda ni pun first time aku buat...
jika ada kekurangan tu maafkan la ye ^_^ 

Monday 20 May 2013

13# Telur Goreng Hancur + Brokoli

assalamualaikum semua...
maaf ye korang,tak sempat nak buat entri baru..
minggu lepas setiap hari sangat memenatkan bagi aku...
macam-macam hal yang jadi
eh cukup-cukup...merungut apa aku nih...
redha segala ketentuan ilahi...
insyaallah akan mendapat rahmat dariNya...cewahhhhhh
nah amik la resepi yang tak berapa nak susah ni..hehehehe


BAHANNYA
2 biji telur
sedikit brokoli
1 biji bawang besar
sedikit garam

CARA BUAT
pecahkan telur ke dalam mangkuk
hiris brokoli nipis-nipis
dadukan bawang
campurkan semua bahan termasuk garam lepas tu goreng la sampai masak

*korang boleh gantikan brokoli dengan sayur lain seperti lobak merah,sayur sawi ke...
ikut citarasa masing-masing..sekurang kurangnya tak la kosong sangat telur goreng korang...
korang pun akan dapat lebih khasiat ^_^

SELAMAT MENCUBA!!!

Monday 13 May 2013

12# Ayam Panggang Campak

hai semua...
hari ni aku nak share resepi ayam panggang..
tak merancang pun nak buat..
dah kebetulan ada ayam kat dalam peti,timbul la idea nak buat resepi ni...
cub-cuba jelah..hehehehe
taraaaaaaaaaa....

terliur tak????
apa lagi tanpa buang masa..nah aku share resepi kat bawah ni

BAHAN-BAHAN
2 ketul paha ayam (dikelar)
lada hitam (ditumbuk halus)
bawang putih (diracik halus)
cili boh
serbuk kunyit
serbuk kari
kicap
garam
madu

CARA MEMBUATNYA
  1. ambil 2 ketul paha ayam,bersihkan.
  2. sapukan sedikit serbuk kunyit,cili boh dan serbuk kari
  3. masukkan sedikit kicap,bawang putih & lada hitam dan gaulkan hingga sebati
  4. masukkan garam secukupnya
  5. goreng ayam dengan sedikit minyak hingga separuh masak
  6. lapiskan dulang dengan daun pisang,letakkan ayam tersebut kemudian sapukan dengan sedikit madu pada permukaan ayam
  7. seterusnya bakar pada suhu 180 selama 30 minit
  8. pada minit ke 20 buka oven dan sapukan sedikit madu lagi.
  9. sambung bakar sehingga masak
  10. siap untuk dimakan
TIPS :
  • sebelum gaulkan garam,rasa terlebih dahulu untuk mengelakkan ayam terlalu masin kerana sebelumnya telah digaulkan dengan kicap
  • gunakan kuali leper untuk goreng ayam separuh masak
  • madu jangan disapu terlalu banyak,agak-agak jela
  • masa memasak bergantung pada jenis oven juga ye,oven yang kat umah memang 30 minit je..lepas tu boleh makan
  • korang mesti tanya kenapa aku tak letak sukatan bahan,dah nama pun resepi campak..tak sempat nak sukat..akibatnya korang kena la agak sendiri ye...hahahaha
SELAMAT MENCUBA!!!!




Monday 6 May 2013

11# Puding Karamel Mudah Tanpa Telur

hai korang..maaf la ye,
kalau aku lambat membalas jejak korang
kelam kabut sangat bulan ni..
dengan nak mengundi(cehhh macam aku ni msuk bertanding pulak-propa lagi)hahahaha..
dengan berita aku terpaksa berhenti kerja lagi,
dengan persiapan nak kawin lagi...
adoiiiiiii banyak nak kena fikir..
kesian tak kat aku ni??sedihhhh
apa-apa pun hidup mesti diteruskan,
rezeki tu ada kat mana-mana
coolllll...
banyak bebel aku ni sampai esok pun tak habis jom cuba resepi puding yang sangat mudah ni


BAHAN A
1 cawan gula
2 sudu air

BAHAN B
2 sudu tepung kastard
400g susu cair
satu sudu esen vanilla

BAHAN C
1/4 cawan gula
10g serbuk agar-agar (warna kuning)
4 cawan air

CARANYA :

  1. dengan menggunakan kuali leper,cairkan gula sehingga menjadi keperangan,kemudian masukkan air kacau sehingga sebati
  2. kemudian tuangkan karamel ke dalam acuan
  3. campurkan semua bahan B sehingga sebati.
  4. masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk,biarkan sehingga mendidih,kemudian campurkan bahan B tadi ke dalam periuk
  5. kacau sehingga likat selama 3-4 minit
  6. tuangkan puding ke dalam acuan yang telah diisi karamel tadi
  7. sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke peti sejuk
  8. selepas 2 jam disejukkan baru la enak dimakan
TIPS :
  1. selepas gula cair,hati-hati semasa masukkan air kerana haba yang agak panas
  2. cairkan gula dengan api perlahan kalau tak nanti karamel menjadi pahit
  3. gula untuk puding boleh ditambah jika suka manis(saya ni memang kurang suka manis)
  4. jika mengikut saiz acuan seperti gambar diatas korang akan dapat dalam 12 cawan puding
 SELAMAT MENCUBA!!!





Friday 3 May 2013

10# Sup Telur+Sayur Sawi dan Lada Hitam

kali ni resepi yang bakal aku kongsi dengan korang ni adalah salah satu resepi yang berkhasiat...
sesuai sangat untuk orang yang banyak angin dalam badan(macam aku)hahahaha
korang nampak tak di situ...
jangan tiru aksi ini ye..tak menyempat snap aje atas dapur pun..hahaha


BAHAN-BAHAN
sebiji telur
seikat kecil sayur sawi
bawang besar (hiris bulat)
satu inci halia (ketuk)
satu sudu lada hitam (tumbuk halus)
garam secukup rasa

CARANYA
masukkan air ke dalam periuk sehingga separuh(periuk kecil mcm dalam gambar)
masukkan halia dan bawang yang dihiris ke dalam periuk
tunggu sehingga mendidih,seterusnya masukkan sayur sawi dan lada hitam yang telah ditumbuk halus tadi
pecahkan telur dan masukkan ke dalam periuk
akhir sekali tambahkan garam mengikut cita rasa anda

TIPS
  1. resepi ni boleh dimasak untuk orang dalam pantang juga,sebab mak pernah masakkan lauk ni untuk kakak masa dalam pantang cuma tak letak telur.lagipun masakan ini tanpa menggunakan minyak,sangat berkhasiat bukan???
  2. halia dan lada hitam merupakan kategori herba berfungsi untuk membuang angin dalam badan dan melancarkan peredaran darah.aku suka letak halia dan lada hitam lebih kasi pedas...fuhhh meleleh la...hehehe
  3. bila masukkan telur jangan kacau kuat-kuat,nanti telur putih akan hancur,biarkan seketika baru tutup api dapur.
SELAMAT MENCUBA!!!!!

Monday 29 April 2013

9# Kailan Goreng sukahati Campur Bilis

pin...pinnnnn....macam orang jual ikan pulak dah bunyinya...hahahaha
emm hari ni aku nak share dengan korang macam mana nak olah resepi sesuka hati..
aku ni kalau ikutkan bukan pandai masak pun,secara tak sengaja boleh pulak jadi tukang masak segera kat umah..zaman sekarang dah tak boleh dah bagi alasan perempuan tak pandai masak...
masak itu mudah je..
dari zero boleh jadi hero tau kalau dipraktikkan selalu...
cehhhh melalut apa la aku ni kan???
layan jela resepi ni dulu ye..
aku gunakan sambal bilis bunga kantan(resepi sebelum ni)untuk menghasilkan resepi sukahatiku ini...hehehehehe


BAHAN-BAHAN
satu genggam kailan
sebiji bawang besar(dadukan)
seulas bawang putih (tak letak pun boleh)
sambal bilis bunga kantan

CARANYA
tumis bawang putih dan bawang merah dahulu
masukkan sayur kailan
biarkan selama beberapa minit
masukkan sambal bilis bunga kantan tersebut dan sebatikan
biarkan selama beberapa minit sebelum merasa

TIPS
  1. korang perlu ingat,garam hanya perlu ditambah jika kurang rasa pada akhirnya,kerana sambal tersebut kebiasaannya dah masin.apa lagi mak aku selalu pesan garam mesti diletakkan last sekali untuk mengelakkan masakan menjadi terlalu masin nanti
  2. kalau korang nak tambah kepedasan pada lauk tu sila la tambah sendiri ye...sebab kalau orang biasa makan pedas mungkin tak lalu nak makan kalau tanpa rasa hangat cili tu...hahaha
  3. sekarang korang dah tau kan begitu mudahnya mencipta resepi baru..aku ni memang suka sangat mencuba ni..lepas ni banyak lagi resepi yang akan ku cuba olahkan...tunggu....
SELAMAT MENCUBA!!!!


Friday 26 April 2013

8# Sambal Bilis dengan Bunga Kantan

maaf buat korang tertunggu-tunggu...
eh ade ke yang tunggu post aku yang seterusnya???hahahaha
kali ni aku nak share dengan korang sambal yang buat aku berselera makan nasi...
selain cik budu,petai,belacan ini lah salah satu lauk yang buat berat aku ni bertambah(macam gemuk sangat je)propa sikit...
jangan marah naaa...kikiki simple sangat resepi kali ni..


BAHAN-BAHAN
satu genggam ikan bilis sedang
sekuntum bunga kantan muda(racik halus-halus)
*3 ulas bawang merah (tumbuk)
*2 ulas bawang putih (ketuk )
*3biji lada jarum (tumbuk)
garam secukup rasa

CARA-CARA
 goreng ikan bilis jangan sampai garing sangat
kemudian tumbuk ikan bilis tersebut
tumiskan bahan yang bertanda di atas
masukkan ikan bilis yang ditumbuk tadi
seterusnya masukkan bunga kantan yang telah diracik halus
akhir sekali perasakan dengan secukup garam

mudah kan????





Tuesday 23 April 2013

7# Butter Cake Sukahati

Haiiii korang....amacam hari ni sihat tak??hari ni aku nak share dengan korang resepi kek untuk pertama kalinya...hahahaaha sebenarnya kek ni dah kali ke dua aku buat...tapi belum sempat apa-apa dah habis di ngaaapppp(feberet anak buah aku yang sorang tu)ni pun aku buat atas permintaan dia...kecik-kecik dah pandai nak 'request' macam-macam...layan jela....hehehehe



*maaf ye gambar tidak berapa jelas

BAHAN-BAHAN
  • 250g tepung naik sendiri(self raising flour-bluekey yang dalam kotak tu)*kalau nak guna tepung gandum tambahkan dengan 1sk serbuk penaik
  • 250g mentega
  • 220g gula halus 
  • 4 biji telur *saiz sedang
  • sedikit esen vanilla
  • pewarna 
CARA MEMBUATNYA
  1. pukul gula + butter sehingga kembang(putih) dengan kelajuan sederhana
  2. panaskan oven pada suhu 180c
  3. masukkan telur satu persatu dan pukul perlahan
  4. masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam mixer yg berkelajuan sederhana
  5. masukkan esen vanilla dan sebatikan
  6. griskan loyang dengan sedikit mentega
  7. asingkan mengikut warna yang disukai cth: biru,kuning,merah
  8. tompokkan warna kuning dahulu,kemudian diatasnya tompokkan warna merah dan seterusnya warna biru pula
  9. lakukan berulang kali sehingga habis
  10. bakar selama 1jam pada suhu 180c
  11. tunggu sehingga sejuk baru keluarkan dari loyang
TIPS
  • pastikan gula dan butter dipukul sehingga betul-betul kembang kalau tak kek akan menjadi bantat(tak naik)
  • oven mesti dipanaskan terlebih dahulu untuk kek naik dengan cantik
  • yang ni penting...jangan buka pintu oven semasa kek sedang dibakar..buka selepas 30minit untuk test kek dah masak ke belum(aku akan buka oven pada minit ke 45)
  • cucuk kek ditengah dgn mnggunakan lidi,jika tiada adunan melekat bermakna kek sudah masak.
  • boleh menggunakan adunan diatas untuk membuat cup cake juga

SELAMAT MENCUBA!!!!

Wednesday 17 April 2013

6# Terung dan Kentang Hiris berladoo

haiiii...
kali ni aku nak share resepi yang salah satu bahan(terung) yang diguna tu 
sepatutnye aku tak boleh makan...
tapi aku ni degilll yang xboleh tu la aku nak makan jugakkk
(pikir sedap dulu,sakit pikir kemudianlah)hahahaha

korang nampak tak disitu...tak menyempat nak letak dalam pinggan aku 
snap terus dari pan...hahaha(jangan ditiru aksi ni ye)
resepi ni sangat simple...aku main campak je bahan-bahan yang ada...

BAHAN-BAHAN
2 biji terung(sederhana)
2 biji kentang(sederhana)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2@3 biji lada jarum
garam secukup rasa
minyak masak

CARA MEMBUATNYA
  1. belah kepada dua terung tersebut dan potong kecil-kecil
  2. goreng terung dengan minyak sehingga lembut(jangan sampai lembik sangat)korang agak-agak sendiri ye.tapiskan
  3. hiris kentang nipis-nipis lepas tu goreng sehingga masak
  4. tumis bawang putih,bawang merah+lada yang telah diketuk
  5. masukkan terung dan kentang yang telah digoreng tadi
  6. taburkan garam secukupnya dan gaul hingga rata
  7. siap untuk dimakan..
TIPS: 
  1. kepada sesiapa yang mempunyai masalah angin sila elakkan ye(macam aku ni haaaa)tapi aku makan jugakkk ade aku kisahhhh.
  2. tujuan goreng terung untuk mencantikkan rupa dan sedapkan rasa..kalau korang tak percaya cuba korang masak terus tanpa goreng mesti akan jadi lebam korang punye terung dan agak amik masa untuk masak.
  3. kentang perlu digoreng rangup@ala2x masak je terpulang pada citarasa korang la.
  4. jangan hiris tebal kentang tu,kalau tak lambat lagi la korang nak makan..nipis-nipis ye...hehehe
  5. kalau korang tak kuat pedas guna satu @ dua biji lada dah la..aku ni suka makan pedas,lagi pedas lagi sedapppp...
SELAMAT MENCUBA!!!


Monday 15 April 2013

5# Bergedil Kentang Penyek

ehemmmm...masakan kegemaran aku nihhh...rugi korang kalau tak cuba...resepi yang sangat simple tapi bila ngappppp...fuhhhh sedapppp...

BAHAN-BAHAN

  • 5biji kentang 
  • 1 biji telur
  • sebiji bawang besar (potong dadu kecil2x)
  • isi ayam (bahagian dada)
  • daun sup (hiris halus)
  • 1 sudu tepung jagung/tepung ubi
  • garam secukup rasa
CARA BUAT
  1. rebus kentang (jangan terlalu masak),kemudian goreng kentang tersebut sehingga kekuningan dan masak.
  2. ambil kepingan dada ayam,ketuk hingga hancur dan campurkan ke dalam kentang yang telah dilenyek tadi.(hiris pun boleh asal jadi kecik2x senang masak nanti)
  3. kemudian masukkan bawang + daun sup yang telah dihiris
  4. masukkan garam secukup rasa,gaul hingga sebati
  5. bentukkan sebatian tu menjadi bulat dan leperkan
  6. pecahkan telur,campurkan dengan tepung jagung/tepung ubi celupkan sebatian yang telah dibentuk ke dalam telur dan gorenglah sehingga masak.
TIPS : 
  • macam biasa bahan-bahan korang boleh ganti..cth ayam nk ganti dgn daging
  • perasa juga boleh ditambah ikut kretiviti masing-masing
  • telur kalau tak xcukup boleh tambah..tapi selama aku buat mesti ada lebih..hehehe tengok atas saiz kentang jugak lah kot
  • kalau korang tak nak goreng kentang tu pun xde masalah...tapi korang akan rugi satu hal..bila korang goreng kentang tu ada satu bau yang sangat menyelerakan...ape lagi bile korang penyekkannye...perghhhhhh
SELAMAT MENCUBA ^_^

Wednesday 10 April 2013

4# Tart Buah Trial

psttttt resepi sudah datang...sila la menjamu mata ye...kalau rajin sila cuba sendiri...hehehe

close up sikit kasi korang telan air liur...hahahaha (gurau je)

BAHAN A (KULIT)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • 1/4 sudu garam
  • 1/2 cawan mentega-bahagikan kpd 8 bhgian kecil2x
  • 2 biji telur
#kalau korang perasan..bahan untuk kulit ni sama je dgn bahan kulit untuk tart telur..ikut suka hati aku lah kan???hahahaha

BAHAN B (KRIM KASTARD)
  • 450ml susu segar/susu cair
  • 2 sudu besar tepung*
  • 75g gula *
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung*
  • 4 biji telur kuning
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit esen vanilla

BAHAN C (BUAH-BUAHAN)
  • anggur tanpa biji 
  • kiwi


CARA-CARA
  1. campurkan semua bahan A dan uli sehingga menjadi doh.
  2. bahagikan doh megikut saiz acuan yang hendak digunakan
  3. tekan doh yang kecil memenuhi saiz acuan yang telah disediakan
  4. bakar dengan suhu 180c sehingga masak

  1. krim kastard : letak susu dalam kuali kecik@leper panaskan
  2. tutup api dan campurkan bahan bertanda,kacau hingga sebati
  3. masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil dikacau
  4. letak balik kuali atas dapur sambil dikacau bahan tersebut jgn biarkan berketul
  5. dah siap tutup api masukkan mentega dan kacau cepat2x.
  6. potong buah mengikut saiz yg korang suka.
  7. tuangkan krim kastard yg dah siap tadi ke dalam kulit yg dh siap dibakar..kemudian hiaskan lah sesuka hati anda..


TIPS :
  • pastikan ukuran doh yang ditekan pada acuan tidak terlalu tebal
  • untuk resepi krim kastard yang aku bagi tu mungkin ada banyak lebih..so kalau tak nak membazir korang boleh gunakan untuk inti pau,cicah roti,inti puff...suka hati koranglah nak buat ape pulak ye..tapi jangan buang ye!!!
  • untuk buah yang nak letak atas tu..korang boleh ganti dengan buah lain..mangga,strawberi,anggur hijau ke..jangan letak durian sudahhh...(aku bukan penggemar durian) tak sesuai la..hahahaha
SELAMAT MENCUBA!!!!

Sunday 7 April 2013

3# Pizza Campuran Yang Adooo


pewitttttttttttttttttt....lap sikit air liur tu....meleleh macam budak kecik dah aku tengok...kikikiki
memperkenalkan pizza yang aku godek untuk pertama kalinya.....
oihhhhh aku ingatkan susah sangat nak buat pizza ni..
tapi bila dah mula buat dan nampak hasilnya....tersangatlah puas hati...
korang nak tau ape rasenye cubalah sendiri...hehehe

BAHAN-BAHAN

KULIT PIZZA

500gm tepung gandum (cap sauh)
1/2 bungkus mauri pan (yis)
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa

INTI PIZZA

bawang holland (ala bawang besar warna kuning tu)
nenas@nanas???
tomato
tomato ceri
sos cili
cendawan butang
oregano
keju mozarella
serbuk lada hitam

*sukatan untuk bahan inti tu korang agak2x sendiri la..masing-masing punye taste...hehehe

CARA-CARA
  1. untuk kulit : gaul tepung + yis + garam + air suam uli hingga jadi doh
  2. masuk minyak dan uli lagi hingga sebati dan tak lekat kat tangan
  3. biarkan doh naik sikit pastu uli lagi dan canaikan atas dulang yg dah digriskan dgn mentega
  4. intinya : sapu sos dulu atas doh yg dah dicanaikan tadi
  5. susunkan bawang yg dipotong bulat (berbentuk gegelang )
  6. pastu taburkan jela bahan2x yang lain tu ikut suke hati korang
  7. last sekali baru taburkan keju mozarella + serbuk lada hitam 
  8. tunggu hingga doh naik sikit pastu baru bakar dalam suhu 190 selama 20 minit


TIPS : 
  • oregano tu baunya agak kuat..kalau xsuka xpayah letak nnti tak tertelan
  • inti tu korang boleh tukar nk letak ayam,daging,seafood...ape2x jela yang korang suke
  • pizza yang aku buat tu agak kurang rasa..korang boleh 'sprinkle' secukupnya garam utk tambah perasa..
  • berkaitan suhu pulak tak semestinye korang kena ikut cakap aku..sebab oven korang dgn aku punye mmg xsamenye..korang pndai2x la ye..hahaha
*korang perasan tajuk resepi tu????hahahaha aku gune barang yg adooo je...main campak2x je...sukehati akulah kan???SELAMAT MENCUBA!!!! 


eh ade lagi satu gambar...

 close up sikit...yummy
jom try!!!




2# Tart Telur First Try

eheeemmmm....resepi ke dua sudah datanggg...cepat amik pen ngan kertas skang!!!eh marah pulak dah...nanti cepat tua la makcik oiii...hahaha gurau jelah..


ahaaaa terliur tak tengok tart yang aku buat nih???mesti korang tanye mane hilang keratan rentas tu??(muahahahaha ayat skema mase sekolah dulu)
dah selamat masuk perut dah pun..tak menyabor sangat nak merasa..maklumla baru mencuba...nasib baik menjadi..ahaks
hu3x yang u all nampak perang kat permukaan atas tu pasal gatal sgt pi pulas suhu makin tinggi konon nak bagi cepat masak..
haaaa amikk kan dh cacat di situ..(berseni la jugak nampak)hehehe
dhla aku malas nak merepek banyak sangat korang pun bukan rajin nak bace...kat sini aku share je resepinye...

Bahan-bahan

  1. CRUST/KULIT TART
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • 1/4 sudu garam
  • 1/2 cawan mentega-bahagikan kpd 8 bhgian kecil2x
  • 2 biji telur
2.   FILLING
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus(aku kurangkan sikit sebab xsuka manis2x sgt)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu tepung kastard
  • 1/2 sudu vanilla essence

CARA-CARA
  1. Buat kulit dulu : masukkan tepung,gula,serbuk penaik dan garam ke dalam mixer(aku guna tangan je).
  2. Masukkan mentega dan sebatikan.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji uli hingga jadi doh.
  4. Nak buat filling plak : pukul gula+telur
  5. Masukkan semua bahan filling yg belum dimasukkan lagi.kacau hingga sebati
  6. Tekan doh yg dah siap tadi ke dalam acuan.Tuangkan filling pulak dalam acuan tu.
  7. Bakar dalam oven..suhu plak aku agak2x sendiri je..180++ gitu la..asalkan masak sudah...
*Tips untuk korang..kalau nak cepat masak doh tu kasi nipis sikit ye..kalau tebal maunye berjam jugak kena tunggu...boleh jugak bakar kulit separuh masak pastu baru tuangkan filling..tapi suhu kena jaga la lepas tu..kasi slow cook je utk kentalkan filling tu..selamat mencuba ye!!


Friday 5 April 2013

1# Roti Sosej Bersalut Breadcrumbs

Ni laaaa resepi pertama yang aku cuba buat...senang je pun...

BAHAN-BAHAN

roti    (aku guna gardenia)
sosej  (aku guna brand ramly)-agak masin
keju keping  (kraft)
breadcrumbs= serbuk roti(warna oren)
kuning telor

*ikut suka hati korangla nak sediakan bahan banyak mana pun...korang yang nak makan kan???

CARA-CARA

  1. Letakkan keju+sosej kat atas roti
  2. Gulungkan...kalau  xnak bagi terbuka masa tengah goreng sapukan sikit telor kat roti tu..kasi dia cantum la..genggamkan sikit bagi padat..baru tak terburai nanti..
  3. Celupkan dalam kuning telor.
  4. Mandikan dengan serbuk roti pulak.
  5. Lepas tu goreng la sampai masak.Agak2x garing tu boleh angkat dan tos kan la..(tos=tapis)
ini lah hasil air tangan aku yang tak seberapa nihhhh...hehehehe





*tips untuk korang...
nak lagi sedap korang boleh tambah perasa...black paper ke,herbs lain ke...
tapi korang kena ingat..kalau keju@sosej korang dh masin jgn plak ditambah garam lagi..nanti xpasaiiii darah tinggi...
*haaa decoration tu aku saje je letak apo yang ado dalam fridge...sos salad tu sebenornye...korang boleh ganti dengan sos cili..mesti lagi menarik tertarik dabooommm...hehehe

Tuesday 2 April 2013

3 bulan lagi???oh tidakkkk...

aduiiiii...haaa awal2x dah mengeluh aku ni...maaf la ye aku xsempat lagi nak post entry resepi baru..sekarang entah ape la yang aku sibukkan aku pun xtau....
kalau ikutkan memang banyak benda yang aku perlu buat...
tapi satu benda pun xjalan lagi kot..hahaha
perancangan dah dibuat..tunggu nak laksanakan je lagi...harap-harap semuanya berjalan la seperti yang telah dirancang...
pejam celik dah cecah 5 tahun hubungan aku dengan dia...dan sudah hampir setahun kami bertunang...insyaallah jika tiada aral melintang...majlis kami akan diadakan lepas raya tahun ni..
doakan kami ye??terima kasih...
ni la my future husband!!cewahhhh..


Wednesday 27 March 2013

Nak Tambah Traffic???

salam semua...hohoho...arini off topic sikit..bukan nak citer pasal resepi ok..
aku cuma nak share satu benda ngan korang...nak tau macam mane nak naikkan traffic secara PERCUMA???ni la sumber aku dapat tau pasal ni..korang sila klik sini

konsepnya sama jugak macam korang main kutu..tapi tak payah guna duit pun..korang cuma perlu daftar blog korang,blog penaja dan blog yang disarankan dalam sistem je..lepas tu benda ni akan merebak macam VIRUS...hahaha takut tak???lpas ni traffic korang masuk laju mcm air...sape xnak kan???kalau korang tgk kat bawah ni dah mcm MLM pulak aku tgk...hahaha

Sedikit penerangan dengan rajah


First Phase: Webmasters signup on your level 1
Next Phase: Your "Level 1 Webmasters" promote their FreeViral pages

Next Phase: Your "Level 1 Webmasters" build their downline (and yours!)
Matured Phase: You have a HUGE dowline (which never stops growing!)

*haaa yang ni pulak aku punye page klik la korang join la...tak rugi punnn..nanti kalau ade hasil bgtau la kat aku ye..sama2x kita kongsikan benda yang baik mcm ni...
*kalau korang perasan atas entry ni  ade satu banner hijau yg ade tertera perkataan FREE VIRAL..mende alah tu la yg dapat naikkan traffic nye...korang godek la sendiri ye nanti??
SELAMAT MENCUBA!!!!

Thursday 21 March 2013

Pak cik Nuffnang punya hal...

Psssttttt...korang mesti dah tau kan ape yg aku nk citer....tengok tajuk pun dh xsuspen...alaaaaa xkisahla...aku cuma nk citer kat sini...mostly yang ade blog ni semua nak dapatkan side income kannnn???ngaku cepatttt!!!haaaa tau takuttt...kikiki
memangla bila korang berblogging ni akan masyukkkk...tapi korang tau tak ape puncanya bila korang rase korang dah banyak buat 'blogwalking'@ ramai yang kasi tau kat cbox tu 'tembak iklan','isi tabung',klik sane sini...tapi bila korang tengok akaun duit yang masuk ciputtttt je....huhhh mesti frustttt kan??
nape jadi gitu ye?macam mane nak elakkan terjadinye gitu.


ANTARA FAKTORNYA....

- Bila NUFFNANGER atau PEMBACA Blog datang dan KLIK Iklan anda, mereka akan KLIK lalu MENUTUP TERUS NEW WINDOWS IKLAN TERSEBUT SEBELUM IKLAN DIPAPARKAN SEPENUHNYA.Ini menjadikan ID dan Link Blog anda yang dibawa oleh Iklan anda tidak sampai ke Server Nuffnang, Apa yang diterima oleh Server adalah KOSONG tidak membawa apa-apa pada KLIK yang dilakukan.

- Anda membuka terlalu banyak tab blog lain sehingga boleh mencecah 10 blog sekali gus,menyebabkan kesesakan traffic kat internet. 

- Nuffnanger yang mengKLIK Ads/Iklan menggunakan IP YANG SAMA

- Nuffnanger yang mengKLIK Ads/Iklan anda hanya BERLAKON didalam chatbox, tetapi tidak KLIK


Cara Mengatasi :


1) Apabila anda mengKLIK Ads Blog lain, Pastikan anda KLIK sehingga Keluar Sepenuh yang iklan itu (Dalam M.firefox, Page yang siap sepenuhnya akan di Statuskan sebagai “DONE”).


2) Tidak membuka terlalu banyak Blog Nuffnanger untuk MISI KLIK, setelah habis Blog pada Blogwalking pertama, lakukan semula dengan Blog2 lain pula, jangan terlalu tamak untuk mendapatkan KLIK dari nuffnanger, dan tidak gopoh.


3) Pastikan IP Address yang anda gunakan tidak sama dalam setiap MISI KLIKyang dilakukan, anda boleh Semak IP Address anda di http://www.myipaddress.com/ ,Setelah Semak pastikan IP anda berbeza dengan IP Misi sebelumnya.


4) Jika anda tiba di satu Blog yang tidak keluar Ads/Iklannya, anda boleh mencubarefresh semula, ada ketika Ads/Iklan tidak keluar di sesetengah Blog tetapi Ada Terpapar di Blog lain, Ini bergantung kepada pencapaian internet atau server Nuffnang Sendiri.


5) Update Blog Anda Selalu, Jika link blog anda telah exchange di dalam blogroll Nuffnanger lain, pastinya mereka akan melihat pada blog yang Ada Update Terbaru, tak kisah la update itu ringkas atau tidak, manakala yang mempunyai LinkBox atau seangkatan dengannya, pastikan link di LinkBox anda Benar aktif dalam Update atauMisi klik, ini dapat mengelakkan pembaziran penggunaan LinkBox anda dari Bloggers2 yang hanya menyinggah.


6) Tidak perlu menipu dalam membuat Misi Klik, anda tidak rugi apa pun sekiranya anda tolong klik, Register Nuffnang adalah PERCUMA, PEMBAYARAN pun bukan dari wang saku anda. Jadi jika mahu KLIK, Klik aje ler.


7) Jika diBLOG anda tidak kelihatan Ads/Iklan, Apa salahnya anda klik dahulu pada blog lain. Pada waktu berikutnya nanti, nuffnanger lain juga akan menjejak blog anda juga semula, tiada kerugian disitu. 


#pesanan disini..berjujurlah(eh mcm pelik je ayat ni)anda dalam apa jua perkara yang dilakukan supaya kita memperoleh keberkatan dunia akhirat...

#aku still 'new' dalam dunia blogger ni...ape yg aku share ngan korang ni aku pernah terbaca kat satu blog tu..xsalahkan kalau aku share benda yang baik mcm ni..ramai lagi yang xtau kot...

#jangan tamak sangat ye!!!!!!!being honest!!!

#komen la sikit....happy blogging  u allss...