hai semua...
hari ni aku nak share resepi ayam panggang..
tak merancang pun nak buat..
dah kebetulan ada ayam kat dalam peti,timbul la idea nak buat resepi ni...
cub-cuba jelah..hehehehe
taraaaaaaaaaa....
terliur tak????
apa lagi tanpa buang masa..nah aku share resepi kat bawah ni
BAHAN-BAHAN
2 ketul paha ayam (dikelar)
lada hitam (ditumbuk halus)
bawang putih (diracik halus)
cili boh
serbuk kunyit
serbuk kari
kicap
garam
madu
CARA MEMBUATNYA
- ambil 2 ketul paha ayam,bersihkan.
- sapukan sedikit serbuk kunyit,cili boh dan serbuk kari
- masukkan sedikit kicap,bawang putih & lada hitam dan gaulkan hingga sebati
- masukkan garam secukupnya
- goreng ayam dengan sedikit minyak hingga separuh masak
- lapiskan dulang dengan daun pisang,letakkan ayam tersebut kemudian sapukan dengan sedikit madu pada permukaan ayam
- seterusnya bakar pada suhu 180 selama 30 minit
- pada minit ke 20 buka oven dan sapukan sedikit madu lagi.
- sambung bakar sehingga masak
- siap untuk dimakan
TIPS :
- sebelum gaulkan garam,rasa terlebih dahulu untuk mengelakkan ayam terlalu masin kerana sebelumnya telah digaulkan dengan kicap
- gunakan kuali leper untuk goreng ayam separuh masak
- madu jangan disapu terlalu banyak,agak-agak jela
- masa memasak bergantung pada jenis oven juga ye,oven yang kat umah memang 30 minit je..lepas tu boleh makan
- korang mesti tanya kenapa aku tak letak sukatan bahan,dah nama pun resepi campak..tak sempat nak sukat..akibatnya korang kena la agak sendiri ye...hahahaha
SELAMAT MENCUBA!!!!