Followers

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Friday, 3 May 2013

10# Sup Telur+Sayur Sawi dan Lada Hitam

kali ni resepi yang bakal aku kongsi dengan korang ni adalah salah satu resepi yang berkhasiat...
sesuai sangat untuk orang yang banyak angin dalam badan(macam aku)hahahaha
korang nampak tak di situ...
jangan tiru aksi ini ye..tak menyempat snap aje atas dapur pun..hahaha


BAHAN-BAHAN
sebiji telur
seikat kecil sayur sawi
bawang besar (hiris bulat)
satu inci halia (ketuk)
satu sudu lada hitam (tumbuk halus)
garam secukup rasa

CARANYA
masukkan air ke dalam periuk sehingga separuh(periuk kecil mcm dalam gambar)
masukkan halia dan bawang yang dihiris ke dalam periuk
tunggu sehingga mendidih,seterusnya masukkan sayur sawi dan lada hitam yang telah ditumbuk halus tadi
pecahkan telur dan masukkan ke dalam periuk
akhir sekali tambahkan garam mengikut cita rasa anda

TIPS
  1. resepi ni boleh dimasak untuk orang dalam pantang juga,sebab mak pernah masakkan lauk ni untuk kakak masa dalam pantang cuma tak letak telur.lagipun masakan ini tanpa menggunakan minyak,sangat berkhasiat bukan???
  2. halia dan lada hitam merupakan kategori herba berfungsi untuk membuang angin dalam badan dan melancarkan peredaran darah.aku suka letak halia dan lada hitam lebih kasi pedas...fuhhh meleleh la...hehehe
  3. bila masukkan telur jangan kacau kuat-kuat,nanti telur putih akan hancur,biarkan seketika baru tutup api dapur.
SELAMAT MENCUBA!!!!!

Monday, 29 April 2013

9# Kailan Goreng sukahati Campur Bilis

pin...pinnnnn....macam orang jual ikan pulak dah bunyinya...hahahaha
emm hari ni aku nak share dengan korang macam mana nak olah resepi sesuka hati..
aku ni kalau ikutkan bukan pandai masak pun,secara tak sengaja boleh pulak jadi tukang masak segera kat umah..zaman sekarang dah tak boleh dah bagi alasan perempuan tak pandai masak...
masak itu mudah je..
dari zero boleh jadi hero tau kalau dipraktikkan selalu...
cehhhh melalut apa la aku ni kan???
layan jela resepi ni dulu ye..
aku gunakan sambal bilis bunga kantan(resepi sebelum ni)untuk menghasilkan resepi sukahatiku ini...hehehehehe


BAHAN-BAHAN
satu genggam kailan
sebiji bawang besar(dadukan)
seulas bawang putih (tak letak pun boleh)
sambal bilis bunga kantan

CARANYA
tumis bawang putih dan bawang merah dahulu
masukkan sayur kailan
biarkan selama beberapa minit
masukkan sambal bilis bunga kantan tersebut dan sebatikan
biarkan selama beberapa minit sebelum merasa

TIPS
  1. korang perlu ingat,garam hanya perlu ditambah jika kurang rasa pada akhirnya,kerana sambal tersebut kebiasaannya dah masin.apa lagi mak aku selalu pesan garam mesti diletakkan last sekali untuk mengelakkan masakan menjadi terlalu masin nanti
  2. kalau korang nak tambah kepedasan pada lauk tu sila la tambah sendiri ye...sebab kalau orang biasa makan pedas mungkin tak lalu nak makan kalau tanpa rasa hangat cili tu...hahaha
  3. sekarang korang dah tau kan begitu mudahnya mencipta resepi baru..aku ni memang suka sangat mencuba ni..lepas ni banyak lagi resepi yang akan ku cuba olahkan...tunggu....
SELAMAT MENCUBA!!!!