Followers

Monday 27 May 2013

14# Ikan Goreng Sambal Masam Manis

assalamualaikum..salam ceria pada hari ini....
ceria lah sangatkan..hari ni la hari paling malas sekali kan???
siapa setuju dengan aku?hehehe
kali ni aku nak share resepi ikan pulak...


amacam???slurpppp....aku pulak yang terliur nih(syok sendiri pulak)...hahahaha
bahan-bahan untuk buat ni mudah je..
aku kalau masak suka reka sendiri je..
letak je apa yang aku suka dan apa yang ada kat dapur...

 BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan 
sedikit kunyit
sedikit garam
sedikit serbuk kari
1 biji bawang besar (dadukan)
 2 sudu cili boh
1 sudu kecil madu
2 helai daun limau purut

CARA MEMASAK
gaulkan ikan dengan kunyit+garam+serbuk kari
goreng hingga masak
tumiskan cili boh+bawang hingga masak
masukkan daun limau purut
akhir sekali masukkan sedikit garam dan madu
letakkan sambal yang siap ditumis tadi ke atas ikan yang telah digoreng
hidangan siap...

TIPS
  1. jika jenis ikan yang digunakan isinya tebal,korang perlu kelarkan dulu sebelum goreng untuk memudahkan rasa sambal menyerap ke isi ikan supaya rasa ikan tak terlalu kosong
  2. pastikan cili boh ditumis sehingga naik minyak menandakan cili tu dah masak..kalau tak ke tandas je la korang nanti...hahaha
  3. jika tidak suka gunakan cili boh boleh digantikan dengan cili kering yang dikisar halus,tetapi pastikan tidak guna terlalu banyak kerana cili kering lebih pedas dari cili boh.
SELAMAT MENCUBA!!!!





Thursday 23 May 2013

Lucky ONE!!!

hai korang...hari ini ada sesuatu yang special...
nak tau apa yang special tu??
aku nak riview follower aku yang ke-300!!!
taraaaaaaaaa ni bukti aku paste kan 

nampak tak tuan belog yang comel tu...hehehehe
kat bawah ni aku paste kan rupa blog dia yang cute tu...

comellll kan??AKU INSAN BIASA...woaaahhh boleh jadi tagline nih...
korang pun rajinkan lah diri singgah ke blog dia ye
dan kebetulan jugak aku tengok entri dia ade jugak masak-masak macam aku...
hahahaha mungkin sama minat nih....
jom ramai-ramai serbu ke blog cik Diela ni...klik kat sini

# sebenarnya aku ni bukan pandai sangat nak taip panjang lebar...
benda ni pun first time aku buat...
jika ada kekurangan tu maafkan la ye ^_^ 

Monday 20 May 2013

13# Telur Goreng Hancur + Brokoli

assalamualaikum semua...
maaf ye korang,tak sempat nak buat entri baru..
minggu lepas setiap hari sangat memenatkan bagi aku...
macam-macam hal yang jadi
eh cukup-cukup...merungut apa aku nih...
redha segala ketentuan ilahi...
insyaallah akan mendapat rahmat dariNya...cewahhhhhh
nah amik la resepi yang tak berapa nak susah ni..hehehehe


BAHANNYA
2 biji telur
sedikit brokoli
1 biji bawang besar
sedikit garam

CARA BUAT
pecahkan telur ke dalam mangkuk
hiris brokoli nipis-nipis
dadukan bawang
campurkan semua bahan termasuk garam lepas tu goreng la sampai masak

*korang boleh gantikan brokoli dengan sayur lain seperti lobak merah,sayur sawi ke...
ikut citarasa masing-masing..sekurang kurangnya tak la kosong sangat telur goreng korang...
korang pun akan dapat lebih khasiat ^_^

SELAMAT MENCUBA!!!

Monday 13 May 2013

12# Ayam Panggang Campak

hai semua...
hari ni aku nak share resepi ayam panggang..
tak merancang pun nak buat..
dah kebetulan ada ayam kat dalam peti,timbul la idea nak buat resepi ni...
cub-cuba jelah..hehehehe
taraaaaaaaaaa....

terliur tak????
apa lagi tanpa buang masa..nah aku share resepi kat bawah ni

BAHAN-BAHAN
2 ketul paha ayam (dikelar)
lada hitam (ditumbuk halus)
bawang putih (diracik halus)
cili boh
serbuk kunyit
serbuk kari
kicap
garam
madu

CARA MEMBUATNYA
  1. ambil 2 ketul paha ayam,bersihkan.
  2. sapukan sedikit serbuk kunyit,cili boh dan serbuk kari
  3. masukkan sedikit kicap,bawang putih & lada hitam dan gaulkan hingga sebati
  4. masukkan garam secukupnya
  5. goreng ayam dengan sedikit minyak hingga separuh masak
  6. lapiskan dulang dengan daun pisang,letakkan ayam tersebut kemudian sapukan dengan sedikit madu pada permukaan ayam
  7. seterusnya bakar pada suhu 180 selama 30 minit
  8. pada minit ke 20 buka oven dan sapukan sedikit madu lagi.
  9. sambung bakar sehingga masak
  10. siap untuk dimakan
TIPS :
  • sebelum gaulkan garam,rasa terlebih dahulu untuk mengelakkan ayam terlalu masin kerana sebelumnya telah digaulkan dengan kicap
  • gunakan kuali leper untuk goreng ayam separuh masak
  • madu jangan disapu terlalu banyak,agak-agak jela
  • masa memasak bergantung pada jenis oven juga ye,oven yang kat umah memang 30 minit je..lepas tu boleh makan
  • korang mesti tanya kenapa aku tak letak sukatan bahan,dah nama pun resepi campak..tak sempat nak sukat..akibatnya korang kena la agak sendiri ye...hahahaha
SELAMAT MENCUBA!!!!




Monday 6 May 2013

11# Puding Karamel Mudah Tanpa Telur

hai korang..maaf la ye,
kalau aku lambat membalas jejak korang
kelam kabut sangat bulan ni..
dengan nak mengundi(cehhh macam aku ni msuk bertanding pulak-propa lagi)hahahaha..
dengan berita aku terpaksa berhenti kerja lagi,
dengan persiapan nak kawin lagi...
adoiiiiiii banyak nak kena fikir..
kesian tak kat aku ni??sedihhhh
apa-apa pun hidup mesti diteruskan,
rezeki tu ada kat mana-mana
coolllll...
banyak bebel aku ni sampai esok pun tak habis jom cuba resepi puding yang sangat mudah ni


BAHAN A
1 cawan gula
2 sudu air

BAHAN B
2 sudu tepung kastard
400g susu cair
satu sudu esen vanilla

BAHAN C
1/4 cawan gula
10g serbuk agar-agar (warna kuning)
4 cawan air

CARANYA :

  1. dengan menggunakan kuali leper,cairkan gula sehingga menjadi keperangan,kemudian masukkan air kacau sehingga sebati
  2. kemudian tuangkan karamel ke dalam acuan
  3. campurkan semua bahan B sehingga sebati.
  4. masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk,biarkan sehingga mendidih,kemudian campurkan bahan B tadi ke dalam periuk
  5. kacau sehingga likat selama 3-4 minit
  6. tuangkan puding ke dalam acuan yang telah diisi karamel tadi
  7. sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke peti sejuk
  8. selepas 2 jam disejukkan baru la enak dimakan
TIPS :
  1. selepas gula cair,hati-hati semasa masukkan air kerana haba yang agak panas
  2. cairkan gula dengan api perlahan kalau tak nanti karamel menjadi pahit
  3. gula untuk puding boleh ditambah jika suka manis(saya ni memang kurang suka manis)
  4. jika mengikut saiz acuan seperti gambar diatas korang akan dapat dalam 12 cawan puding
 SELAMAT MENCUBA!!!





Friday 3 May 2013

10# Sup Telur+Sayur Sawi dan Lada Hitam

kali ni resepi yang bakal aku kongsi dengan korang ni adalah salah satu resepi yang berkhasiat...
sesuai sangat untuk orang yang banyak angin dalam badan(macam aku)hahahaha
korang nampak tak di situ...
jangan tiru aksi ini ye..tak menyempat snap aje atas dapur pun..hahaha


BAHAN-BAHAN
sebiji telur
seikat kecil sayur sawi
bawang besar (hiris bulat)
satu inci halia (ketuk)
satu sudu lada hitam (tumbuk halus)
garam secukup rasa

CARANYA
masukkan air ke dalam periuk sehingga separuh(periuk kecil mcm dalam gambar)
masukkan halia dan bawang yang dihiris ke dalam periuk
tunggu sehingga mendidih,seterusnya masukkan sayur sawi dan lada hitam yang telah ditumbuk halus tadi
pecahkan telur dan masukkan ke dalam periuk
akhir sekali tambahkan garam mengikut cita rasa anda

TIPS
  1. resepi ni boleh dimasak untuk orang dalam pantang juga,sebab mak pernah masakkan lauk ni untuk kakak masa dalam pantang cuma tak letak telur.lagipun masakan ini tanpa menggunakan minyak,sangat berkhasiat bukan???
  2. halia dan lada hitam merupakan kategori herba berfungsi untuk membuang angin dalam badan dan melancarkan peredaran darah.aku suka letak halia dan lada hitam lebih kasi pedas...fuhhh meleleh la...hehehe
  3. bila masukkan telur jangan kacau kuat-kuat,nanti telur putih akan hancur,biarkan seketika baru tutup api dapur.
SELAMAT MENCUBA!!!!!