Followers

Showing posts with label kentang. Show all posts
Showing posts with label kentang. Show all posts

Wednesday, 17 April 2013

6# Terung dan Kentang Hiris berladoo

haiiii...
kali ni aku nak share resepi yang salah satu bahan(terung) yang diguna tu 
sepatutnye aku tak boleh makan...
tapi aku ni degilll yang xboleh tu la aku nak makan jugakkk
(pikir sedap dulu,sakit pikir kemudianlah)hahahaha

korang nampak tak disitu...tak menyempat nak letak dalam pinggan aku 
snap terus dari pan...hahaha(jangan ditiru aksi ni ye)
resepi ni sangat simple...aku main campak je bahan-bahan yang ada...

BAHAN-BAHAN
2 biji terung(sederhana)
2 biji kentang(sederhana)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2@3 biji lada jarum
garam secukup rasa
minyak masak

CARA MEMBUATNYA
  1. belah kepada dua terung tersebut dan potong kecil-kecil
  2. goreng terung dengan minyak sehingga lembut(jangan sampai lembik sangat)korang agak-agak sendiri ye.tapiskan
  3. hiris kentang nipis-nipis lepas tu goreng sehingga masak
  4. tumis bawang putih,bawang merah+lada yang telah diketuk
  5. masukkan terung dan kentang yang telah digoreng tadi
  6. taburkan garam secukupnya dan gaul hingga rata
  7. siap untuk dimakan..
TIPS: 
  1. kepada sesiapa yang mempunyai masalah angin sila elakkan ye(macam aku ni haaaa)tapi aku makan jugakkk ade aku kisahhhh.
  2. tujuan goreng terung untuk mencantikkan rupa dan sedapkan rasa..kalau korang tak percaya cuba korang masak terus tanpa goreng mesti akan jadi lebam korang punye terung dan agak amik masa untuk masak.
  3. kentang perlu digoreng rangup@ala2x masak je terpulang pada citarasa korang la.
  4. jangan hiris tebal kentang tu,kalau tak lambat lagi la korang nak makan..nipis-nipis ye...hehehe
  5. kalau korang tak kuat pedas guna satu @ dua biji lada dah la..aku ni suka makan pedas,lagi pedas lagi sedapppp...
SELAMAT MENCUBA!!!


Monday, 15 April 2013

5# Bergedil Kentang Penyek

ehemmmm...masakan kegemaran aku nihhh...rugi korang kalau tak cuba...resepi yang sangat simple tapi bila ngappppp...fuhhhh sedapppp...

BAHAN-BAHAN

  • 5biji kentang 
  • 1 biji telur
  • sebiji bawang besar (potong dadu kecil2x)
  • isi ayam (bahagian dada)
  • daun sup (hiris halus)
  • 1 sudu tepung jagung/tepung ubi
  • garam secukup rasa
CARA BUAT
  1. rebus kentang (jangan terlalu masak),kemudian goreng kentang tersebut sehingga kekuningan dan masak.
  2. ambil kepingan dada ayam,ketuk hingga hancur dan campurkan ke dalam kentang yang telah dilenyek tadi.(hiris pun boleh asal jadi kecik2x senang masak nanti)
  3. kemudian masukkan bawang + daun sup yang telah dihiris
  4. masukkan garam secukup rasa,gaul hingga sebati
  5. bentukkan sebatian tu menjadi bulat dan leperkan
  6. pecahkan telur,campurkan dengan tepung jagung/tepung ubi celupkan sebatian yang telah dibentuk ke dalam telur dan gorenglah sehingga masak.
TIPS : 
  • macam biasa bahan-bahan korang boleh ganti..cth ayam nk ganti dgn daging
  • perasa juga boleh ditambah ikut kretiviti masing-masing
  • telur kalau tak xcukup boleh tambah..tapi selama aku buat mesti ada lebih..hehehe tengok atas saiz kentang jugak lah kot
  • kalau korang tak nak goreng kentang tu pun xde masalah...tapi korang akan rugi satu hal..bila korang goreng kentang tu ada satu bau yang sangat menyelerakan...ape lagi bile korang penyekkannye...perghhhhhh
SELAMAT MENCUBA ^_^