Followers

Wednesday 10 April 2013

4# Tart Buah Trial

psttttt resepi sudah datang...sila la menjamu mata ye...kalau rajin sila cuba sendiri...hehehe

close up sikit kasi korang telan air liur...hahahaha (gurau je)

BAHAN A (KULIT)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • 1/4 sudu garam
  • 1/2 cawan mentega-bahagikan kpd 8 bhgian kecil2x
  • 2 biji telur
#kalau korang perasan..bahan untuk kulit ni sama je dgn bahan kulit untuk tart telur..ikut suka hati aku lah kan???hahahaha

BAHAN B (KRIM KASTARD)
  • 450ml susu segar/susu cair
  • 2 sudu besar tepung*
  • 75g gula *
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung*
  • 4 biji telur kuning
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit esen vanilla

BAHAN C (BUAH-BUAHAN)
  • anggur tanpa biji 
  • kiwi


CARA-CARA
  1. campurkan semua bahan A dan uli sehingga menjadi doh.
  2. bahagikan doh megikut saiz acuan yang hendak digunakan
  3. tekan doh yang kecil memenuhi saiz acuan yang telah disediakan
  4. bakar dengan suhu 180c sehingga masak

  1. krim kastard : letak susu dalam kuali kecik@leper panaskan
  2. tutup api dan campurkan bahan bertanda,kacau hingga sebati
  3. masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil dikacau
  4. letak balik kuali atas dapur sambil dikacau bahan tersebut jgn biarkan berketul
  5. dah siap tutup api masukkan mentega dan kacau cepat2x.
  6. potong buah mengikut saiz yg korang suka.
  7. tuangkan krim kastard yg dah siap tadi ke dalam kulit yg dh siap dibakar..kemudian hiaskan lah sesuka hati anda..


TIPS :
  • pastikan ukuran doh yang ditekan pada acuan tidak terlalu tebal
  • untuk resepi krim kastard yang aku bagi tu mungkin ada banyak lebih..so kalau tak nak membazir korang boleh gunakan untuk inti pau,cicah roti,inti puff...suka hati koranglah nak buat ape pulak ye..tapi jangan buang ye!!!
  • untuk buah yang nak letak atas tu..korang boleh ganti dengan buah lain..mangga,strawberi,anggur hijau ke..jangan letak durian sudahhh...(aku bukan penggemar durian) tak sesuai la..hahahaha
SELAMAT MENCUBA!!!!

19 comments:

  1. Serius memang bella suka makan ! :))

    ReplyDelete
  2. errr tu tart ke..xnmpak rupe pun..ekeke :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss...walaupun kulitnye xbrape cntik..tp setelah tgk hasilnye..meletop jugakkk..name pun first try encik harith..haahaha

      Delete
  3. kulit tart buat sendiri ker? hebat x cantikk pun x pa..asal air tangan sendiri
    saya pun mcm awak jugak..but hubby puji sebab usaha buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..buat sndri je..mmg xcantik pun..tp setelah dihias ade la rupa tart buah tu kn???janji blh mkn...

      Delete
  4. serius meleleh....ngk gaya adik perempuan sy jadi mangsa la kene suruh buat nih...hikhikhikhikhik

    ReplyDelete
  5. terus lapar tengok tart nie..sedapnya

    ReplyDelete
  6. 0i.. mmcm sedaap je,,kalah mee sedaap,,

    ReplyDelete
  7. ya allah, sedapnya.. nak2 pos sekotak

    ReplyDelete
  8. nak tanya . . . sebelum letak buah tu ad x chocolate sikit??

    ReplyDelete
  9. seriusss ... hahaha!! blog ni buat saya lapar >.< keje rjin2 bljr memasak n baking nih..hahaha

    ReplyDelete