Followers

Monday, 15 April 2013

5# Bergedil Kentang Penyek

ehemmmm...masakan kegemaran aku nihhh...rugi korang kalau tak cuba...resepi yang sangat simple tapi bila ngappppp...fuhhhh sedapppp...

BAHAN-BAHAN

  • 5biji kentang 
  • 1 biji telur
  • sebiji bawang besar (potong dadu kecil2x)
  • isi ayam (bahagian dada)
  • daun sup (hiris halus)
  • 1 sudu tepung jagung/tepung ubi
  • garam secukup rasa
CARA BUAT
  1. rebus kentang (jangan terlalu masak),kemudian goreng kentang tersebut sehingga kekuningan dan masak.
  2. ambil kepingan dada ayam,ketuk hingga hancur dan campurkan ke dalam kentang yang telah dilenyek tadi.(hiris pun boleh asal jadi kecik2x senang masak nanti)
  3. kemudian masukkan bawang + daun sup yang telah dihiris
  4. masukkan garam secukup rasa,gaul hingga sebati
  5. bentukkan sebatian tu menjadi bulat dan leperkan
  6. pecahkan telur,campurkan dengan tepung jagung/tepung ubi celupkan sebatian yang telah dibentuk ke dalam telur dan gorenglah sehingga masak.
TIPS : 
  • macam biasa bahan-bahan korang boleh ganti..cth ayam nk ganti dgn daging
  • perasa juga boleh ditambah ikut kretiviti masing-masing
  • telur kalau tak xcukup boleh tambah..tapi selama aku buat mesti ada lebih..hehehe tengok atas saiz kentang jugak lah kot
  • kalau korang tak nak goreng kentang tu pun xde masalah...tapi korang akan rugi satu hal..bila korang goreng kentang tu ada satu bau yang sangat menyelerakan...ape lagi bile korang penyekkannye...perghhhhhh
SELAMAT MENCUBA ^_^

25 comments:

  1. terliur tengok bergedil tu.. nak cuba buat la.. :D

    ReplyDelete
  2. kentang tu saiz besar mana ye? boleh dapat berapa biji bergedil? hehe.. banyak soal pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saiz sedang je..blh dpt dlm 6-7 biji bergantung pada saiz bergedil..hehehe try la simple je..yg pnting sedappp

      Delete
  3. suka2 sebab ayam. slalu org jual letak daging hancur, xsuka. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sy pn xsuka brgedil daging..ayam mmg sedap...yg kosong pn sedap jgk..just letak bawang+daun sup.. :-)

      Delete
  4. sedapnya... makan pula time baru digoreng...wahhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menyelerakan...dengan bau kentang yang harum..memang meleleh la air liuq...hehehe

      Delete
  5. gulp..gulp.. memang sedap bergedil ni.. :) sy pn nk try jg ..

    http://hazinranamir@blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. feberet sy jugak..hehehe entah kali ke berapa dh buat ni..

      Delete
  7. Sedap ni kalau makan dgn Soto xD
    Selalunya buat pakai daging kisar Ramly

    ReplyDelete
  8. alaa sedapnyeee but im on diet :( hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sekali sekala langgar je diet tu..hahahaha

      Delete
  9. lagi sedap kalau cecah ngan sambal belacan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut citarasa masing2x...fuhhh terangkat laaa... :-)

      Delete
  10. Cida penah buat guna sardin sbb xmakan daging=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm sy pulak xsuka ikan..hehehe belasah jela kan...

      Delete
  11. bergedil kentang penyek memang sedap dimakan...kalau dihidang dengan teh o lagi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mak sy kalau sy buat ni memang dia ratah je..makan mcm tu buat mcm kuih...hahaha

      Delete
  12. ooo cm ni buatnyer.... huk2.. kat matriks jual satu harganya rm1 :DD

    ReplyDelete