Followers

Monday 29 April 2013

9# Kailan Goreng sukahati Campur Bilis

pin...pinnnnn....macam orang jual ikan pulak dah bunyinya...hahahaha
emm hari ni aku nak share dengan korang macam mana nak olah resepi sesuka hati..
aku ni kalau ikutkan bukan pandai masak pun,secara tak sengaja boleh pulak jadi tukang masak segera kat umah..zaman sekarang dah tak boleh dah bagi alasan perempuan tak pandai masak...
masak itu mudah je..
dari zero boleh jadi hero tau kalau dipraktikkan selalu...
cehhhh melalut apa la aku ni kan???
layan jela resepi ni dulu ye..
aku gunakan sambal bilis bunga kantan(resepi sebelum ni)untuk menghasilkan resepi sukahatiku ini...hehehehehe


BAHAN-BAHAN
satu genggam kailan
sebiji bawang besar(dadukan)
seulas bawang putih (tak letak pun boleh)
sambal bilis bunga kantan

CARANYA
tumis bawang putih dan bawang merah dahulu
masukkan sayur kailan
biarkan selama beberapa minit
masukkan sambal bilis bunga kantan tersebut dan sebatikan
biarkan selama beberapa minit sebelum merasa

TIPS
  1. korang perlu ingat,garam hanya perlu ditambah jika kurang rasa pada akhirnya,kerana sambal tersebut kebiasaannya dah masin.apa lagi mak aku selalu pesan garam mesti diletakkan last sekali untuk mengelakkan masakan menjadi terlalu masin nanti
  2. kalau korang nak tambah kepedasan pada lauk tu sila la tambah sendiri ye...sebab kalau orang biasa makan pedas mungkin tak lalu nak makan kalau tanpa rasa hangat cili tu...hahaha
  3. sekarang korang dah tau kan begitu mudahnya mencipta resepi baru..aku ni memang suka sangat mencuba ni..lepas ni banyak lagi resepi yang akan ku cuba olahkan...tunggu....
SELAMAT MENCUBA!!!!


Friday 26 April 2013

8# Sambal Bilis dengan Bunga Kantan

maaf buat korang tertunggu-tunggu...
eh ade ke yang tunggu post aku yang seterusnya???hahahaha
kali ni aku nak share dengan korang sambal yang buat aku berselera makan nasi...
selain cik budu,petai,belacan ini lah salah satu lauk yang buat berat aku ni bertambah(macam gemuk sangat je)propa sikit...
jangan marah naaa...kikiki simple sangat resepi kali ni..


BAHAN-BAHAN
satu genggam ikan bilis sedang
sekuntum bunga kantan muda(racik halus-halus)
*3 ulas bawang merah (tumbuk)
*2 ulas bawang putih (ketuk )
*3biji lada jarum (tumbuk)
garam secukup rasa

CARA-CARA
 goreng ikan bilis jangan sampai garing sangat
kemudian tumbuk ikan bilis tersebut
tumiskan bahan yang bertanda di atas
masukkan ikan bilis yang ditumbuk tadi
seterusnya masukkan bunga kantan yang telah diracik halus
akhir sekali perasakan dengan secukup garam

mudah kan????





Tuesday 23 April 2013

7# Butter Cake Sukahati

Haiiii korang....amacam hari ni sihat tak??hari ni aku nak share dengan korang resepi kek untuk pertama kalinya...hahahaaha sebenarnya kek ni dah kali ke dua aku buat...tapi belum sempat apa-apa dah habis di ngaaapppp(feberet anak buah aku yang sorang tu)ni pun aku buat atas permintaan dia...kecik-kecik dah pandai nak 'request' macam-macam...layan jela....hehehehe



*maaf ye gambar tidak berapa jelas

BAHAN-BAHAN
  • 250g tepung naik sendiri(self raising flour-bluekey yang dalam kotak tu)*kalau nak guna tepung gandum tambahkan dengan 1sk serbuk penaik
  • 250g mentega
  • 220g gula halus 
  • 4 biji telur *saiz sedang
  • sedikit esen vanilla
  • pewarna 
CARA MEMBUATNYA
  1. pukul gula + butter sehingga kembang(putih) dengan kelajuan sederhana
  2. panaskan oven pada suhu 180c
  3. masukkan telur satu persatu dan pukul perlahan
  4. masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam mixer yg berkelajuan sederhana
  5. masukkan esen vanilla dan sebatikan
  6. griskan loyang dengan sedikit mentega
  7. asingkan mengikut warna yang disukai cth: biru,kuning,merah
  8. tompokkan warna kuning dahulu,kemudian diatasnya tompokkan warna merah dan seterusnya warna biru pula
  9. lakukan berulang kali sehingga habis
  10. bakar selama 1jam pada suhu 180c
  11. tunggu sehingga sejuk baru keluarkan dari loyang
TIPS
  • pastikan gula dan butter dipukul sehingga betul-betul kembang kalau tak kek akan menjadi bantat(tak naik)
  • oven mesti dipanaskan terlebih dahulu untuk kek naik dengan cantik
  • yang ni penting...jangan buka pintu oven semasa kek sedang dibakar..buka selepas 30minit untuk test kek dah masak ke belum(aku akan buka oven pada minit ke 45)
  • cucuk kek ditengah dgn mnggunakan lidi,jika tiada adunan melekat bermakna kek sudah masak.
  • boleh menggunakan adunan diatas untuk membuat cup cake juga

SELAMAT MENCUBA!!!!

Wednesday 17 April 2013

6# Terung dan Kentang Hiris berladoo

haiiii...
kali ni aku nak share resepi yang salah satu bahan(terung) yang diguna tu 
sepatutnye aku tak boleh makan...
tapi aku ni degilll yang xboleh tu la aku nak makan jugakkk
(pikir sedap dulu,sakit pikir kemudianlah)hahahaha

korang nampak tak disitu...tak menyempat nak letak dalam pinggan aku 
snap terus dari pan...hahaha(jangan ditiru aksi ni ye)
resepi ni sangat simple...aku main campak je bahan-bahan yang ada...

BAHAN-BAHAN
2 biji terung(sederhana)
2 biji kentang(sederhana)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2@3 biji lada jarum
garam secukup rasa
minyak masak

CARA MEMBUATNYA
  1. belah kepada dua terung tersebut dan potong kecil-kecil
  2. goreng terung dengan minyak sehingga lembut(jangan sampai lembik sangat)korang agak-agak sendiri ye.tapiskan
  3. hiris kentang nipis-nipis lepas tu goreng sehingga masak
  4. tumis bawang putih,bawang merah+lada yang telah diketuk
  5. masukkan terung dan kentang yang telah digoreng tadi
  6. taburkan garam secukupnya dan gaul hingga rata
  7. siap untuk dimakan..
TIPS: 
  1. kepada sesiapa yang mempunyai masalah angin sila elakkan ye(macam aku ni haaaa)tapi aku makan jugakkk ade aku kisahhhh.
  2. tujuan goreng terung untuk mencantikkan rupa dan sedapkan rasa..kalau korang tak percaya cuba korang masak terus tanpa goreng mesti akan jadi lebam korang punye terung dan agak amik masa untuk masak.
  3. kentang perlu digoreng rangup@ala2x masak je terpulang pada citarasa korang la.
  4. jangan hiris tebal kentang tu,kalau tak lambat lagi la korang nak makan..nipis-nipis ye...hehehe
  5. kalau korang tak kuat pedas guna satu @ dua biji lada dah la..aku ni suka makan pedas,lagi pedas lagi sedapppp...
SELAMAT MENCUBA!!!


Monday 15 April 2013

5# Bergedil Kentang Penyek

ehemmmm...masakan kegemaran aku nihhh...rugi korang kalau tak cuba...resepi yang sangat simple tapi bila ngappppp...fuhhhh sedapppp...

BAHAN-BAHAN

  • 5biji kentang 
  • 1 biji telur
  • sebiji bawang besar (potong dadu kecil2x)
  • isi ayam (bahagian dada)
  • daun sup (hiris halus)
  • 1 sudu tepung jagung/tepung ubi
  • garam secukup rasa
CARA BUAT
  1. rebus kentang (jangan terlalu masak),kemudian goreng kentang tersebut sehingga kekuningan dan masak.
  2. ambil kepingan dada ayam,ketuk hingga hancur dan campurkan ke dalam kentang yang telah dilenyek tadi.(hiris pun boleh asal jadi kecik2x senang masak nanti)
  3. kemudian masukkan bawang + daun sup yang telah dihiris
  4. masukkan garam secukup rasa,gaul hingga sebati
  5. bentukkan sebatian tu menjadi bulat dan leperkan
  6. pecahkan telur,campurkan dengan tepung jagung/tepung ubi celupkan sebatian yang telah dibentuk ke dalam telur dan gorenglah sehingga masak.
TIPS : 
  • macam biasa bahan-bahan korang boleh ganti..cth ayam nk ganti dgn daging
  • perasa juga boleh ditambah ikut kretiviti masing-masing
  • telur kalau tak xcukup boleh tambah..tapi selama aku buat mesti ada lebih..hehehe tengok atas saiz kentang jugak lah kot
  • kalau korang tak nak goreng kentang tu pun xde masalah...tapi korang akan rugi satu hal..bila korang goreng kentang tu ada satu bau yang sangat menyelerakan...ape lagi bile korang penyekkannye...perghhhhhh
SELAMAT MENCUBA ^_^

Wednesday 10 April 2013

4# Tart Buah Trial

psttttt resepi sudah datang...sila la menjamu mata ye...kalau rajin sila cuba sendiri...hehehe

close up sikit kasi korang telan air liur...hahahaha (gurau je)

BAHAN A (KULIT)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • 1/4 sudu garam
  • 1/2 cawan mentega-bahagikan kpd 8 bhgian kecil2x
  • 2 biji telur
#kalau korang perasan..bahan untuk kulit ni sama je dgn bahan kulit untuk tart telur..ikut suka hati aku lah kan???hahahaha

BAHAN B (KRIM KASTARD)
  • 450ml susu segar/susu cair
  • 2 sudu besar tepung*
  • 75g gula *
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung*
  • 4 biji telur kuning
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit esen vanilla

BAHAN C (BUAH-BUAHAN)
  • anggur tanpa biji 
  • kiwi


CARA-CARA
  1. campurkan semua bahan A dan uli sehingga menjadi doh.
  2. bahagikan doh megikut saiz acuan yang hendak digunakan
  3. tekan doh yang kecil memenuhi saiz acuan yang telah disediakan
  4. bakar dengan suhu 180c sehingga masak

  1. krim kastard : letak susu dalam kuali kecik@leper panaskan
  2. tutup api dan campurkan bahan bertanda,kacau hingga sebati
  3. masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil dikacau
  4. letak balik kuali atas dapur sambil dikacau bahan tersebut jgn biarkan berketul
  5. dah siap tutup api masukkan mentega dan kacau cepat2x.
  6. potong buah mengikut saiz yg korang suka.
  7. tuangkan krim kastard yg dah siap tadi ke dalam kulit yg dh siap dibakar..kemudian hiaskan lah sesuka hati anda..


TIPS :
  • pastikan ukuran doh yang ditekan pada acuan tidak terlalu tebal
  • untuk resepi krim kastard yang aku bagi tu mungkin ada banyak lebih..so kalau tak nak membazir korang boleh gunakan untuk inti pau,cicah roti,inti puff...suka hati koranglah nak buat ape pulak ye..tapi jangan buang ye!!!
  • untuk buah yang nak letak atas tu..korang boleh ganti dengan buah lain..mangga,strawberi,anggur hijau ke..jangan letak durian sudahhh...(aku bukan penggemar durian) tak sesuai la..hahahaha
SELAMAT MENCUBA!!!!

Sunday 7 April 2013

3# Pizza Campuran Yang Adooo


pewitttttttttttttttttt....lap sikit air liur tu....meleleh macam budak kecik dah aku tengok...kikikiki
memperkenalkan pizza yang aku godek untuk pertama kalinya.....
oihhhhh aku ingatkan susah sangat nak buat pizza ni..
tapi bila dah mula buat dan nampak hasilnya....tersangatlah puas hati...
korang nak tau ape rasenye cubalah sendiri...hehehe

BAHAN-BAHAN

KULIT PIZZA

500gm tepung gandum (cap sauh)
1/2 bungkus mauri pan (yis)
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa

INTI PIZZA

bawang holland (ala bawang besar warna kuning tu)
nenas@nanas???
tomato
tomato ceri
sos cili
cendawan butang
oregano
keju mozarella
serbuk lada hitam

*sukatan untuk bahan inti tu korang agak2x sendiri la..masing-masing punye taste...hehehe

CARA-CARA
  1. untuk kulit : gaul tepung + yis + garam + air suam uli hingga jadi doh
  2. masuk minyak dan uli lagi hingga sebati dan tak lekat kat tangan
  3. biarkan doh naik sikit pastu uli lagi dan canaikan atas dulang yg dah digriskan dgn mentega
  4. intinya : sapu sos dulu atas doh yg dah dicanaikan tadi
  5. susunkan bawang yg dipotong bulat (berbentuk gegelang )
  6. pastu taburkan jela bahan2x yang lain tu ikut suke hati korang
  7. last sekali baru taburkan keju mozarella + serbuk lada hitam 
  8. tunggu hingga doh naik sikit pastu baru bakar dalam suhu 190 selama 20 minit


TIPS : 
  • oregano tu baunya agak kuat..kalau xsuka xpayah letak nnti tak tertelan
  • inti tu korang boleh tukar nk letak ayam,daging,seafood...ape2x jela yang korang suke
  • pizza yang aku buat tu agak kurang rasa..korang boleh 'sprinkle' secukupnya garam utk tambah perasa..
  • berkaitan suhu pulak tak semestinye korang kena ikut cakap aku..sebab oven korang dgn aku punye mmg xsamenye..korang pndai2x la ye..hahaha
*korang perasan tajuk resepi tu????hahahaha aku gune barang yg adooo je...main campak2x je...sukehati akulah kan???SELAMAT MENCUBA!!!! 


eh ade lagi satu gambar...

 close up sikit...yummy
jom try!!!




2# Tart Telur First Try

eheeemmmm....resepi ke dua sudah datanggg...cepat amik pen ngan kertas skang!!!eh marah pulak dah...nanti cepat tua la makcik oiii...hahaha gurau jelah..


ahaaaa terliur tak tengok tart yang aku buat nih???mesti korang tanye mane hilang keratan rentas tu??(muahahahaha ayat skema mase sekolah dulu)
dah selamat masuk perut dah pun..tak menyabor sangat nak merasa..maklumla baru mencuba...nasib baik menjadi..ahaks
hu3x yang u all nampak perang kat permukaan atas tu pasal gatal sgt pi pulas suhu makin tinggi konon nak bagi cepat masak..
haaaa amikk kan dh cacat di situ..(berseni la jugak nampak)hehehe
dhla aku malas nak merepek banyak sangat korang pun bukan rajin nak bace...kat sini aku share je resepinye...

Bahan-bahan

  1. CRUST/KULIT TART
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • 1/4 sudu garam
  • 1/2 cawan mentega-bahagikan kpd 8 bhgian kecil2x
  • 2 biji telur
2.   FILLING
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus(aku kurangkan sikit sebab xsuka manis2x sgt)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu tepung kastard
  • 1/2 sudu vanilla essence

CARA-CARA
  1. Buat kulit dulu : masukkan tepung,gula,serbuk penaik dan garam ke dalam mixer(aku guna tangan je).
  2. Masukkan mentega dan sebatikan.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji uli hingga jadi doh.
  4. Nak buat filling plak : pukul gula+telur
  5. Masukkan semua bahan filling yg belum dimasukkan lagi.kacau hingga sebati
  6. Tekan doh yg dah siap tadi ke dalam acuan.Tuangkan filling pulak dalam acuan tu.
  7. Bakar dalam oven..suhu plak aku agak2x sendiri je..180++ gitu la..asalkan masak sudah...
*Tips untuk korang..kalau nak cepat masak doh tu kasi nipis sikit ye..kalau tebal maunye berjam jugak kena tunggu...boleh jugak bakar kulit separuh masak pastu baru tuangkan filling..tapi suhu kena jaga la lepas tu..kasi slow cook je utk kentalkan filling tu..selamat mencuba ye!!


Friday 5 April 2013

1# Roti Sosej Bersalut Breadcrumbs

Ni laaaa resepi pertama yang aku cuba buat...senang je pun...

BAHAN-BAHAN

roti    (aku guna gardenia)
sosej  (aku guna brand ramly)-agak masin
keju keping  (kraft)
breadcrumbs= serbuk roti(warna oren)
kuning telor

*ikut suka hati korangla nak sediakan bahan banyak mana pun...korang yang nak makan kan???

CARA-CARA

  1. Letakkan keju+sosej kat atas roti
  2. Gulungkan...kalau  xnak bagi terbuka masa tengah goreng sapukan sikit telor kat roti tu..kasi dia cantum la..genggamkan sikit bagi padat..baru tak terburai nanti..
  3. Celupkan dalam kuning telor.
  4. Mandikan dengan serbuk roti pulak.
  5. Lepas tu goreng la sampai masak.Agak2x garing tu boleh angkat dan tos kan la..(tos=tapis)
ini lah hasil air tangan aku yang tak seberapa nihhhh...hehehehe





*tips untuk korang...
nak lagi sedap korang boleh tambah perasa...black paper ke,herbs lain ke...
tapi korang kena ingat..kalau keju@sosej korang dh masin jgn plak ditambah garam lagi..nanti xpasaiiii darah tinggi...
*haaa decoration tu aku saje je letak apo yang ado dalam fridge...sos salad tu sebenornye...korang boleh ganti dengan sos cili..mesti lagi menarik tertarik dabooommm...hehehe

Tuesday 2 April 2013

3 bulan lagi???oh tidakkkk...

aduiiiii...haaa awal2x dah mengeluh aku ni...maaf la ye aku xsempat lagi nak post entry resepi baru..sekarang entah ape la yang aku sibukkan aku pun xtau....
kalau ikutkan memang banyak benda yang aku perlu buat...
tapi satu benda pun xjalan lagi kot..hahaha
perancangan dah dibuat..tunggu nak laksanakan je lagi...harap-harap semuanya berjalan la seperti yang telah dirancang...
pejam celik dah cecah 5 tahun hubungan aku dengan dia...dan sudah hampir setahun kami bertunang...insyaallah jika tiada aral melintang...majlis kami akan diadakan lepas raya tahun ni..
doakan kami ye??terima kasih...
ni la my future husband!!cewahhhh..