Followers

Monday, 29 April 2013

9# Kailan Goreng sukahati Campur Bilis

pin...pinnnnn....macam orang jual ikan pulak dah bunyinya...hahahaha
emm hari ni aku nak share dengan korang macam mana nak olah resepi sesuka hati..
aku ni kalau ikutkan bukan pandai masak pun,secara tak sengaja boleh pulak jadi tukang masak segera kat umah..zaman sekarang dah tak boleh dah bagi alasan perempuan tak pandai masak...
masak itu mudah je..
dari zero boleh jadi hero tau kalau dipraktikkan selalu...
cehhhh melalut apa la aku ni kan???
layan jela resepi ni dulu ye..
aku gunakan sambal bilis bunga kantan(resepi sebelum ni)untuk menghasilkan resepi sukahatiku ini...hehehehehe


BAHAN-BAHAN
satu genggam kailan
sebiji bawang besar(dadukan)
seulas bawang putih (tak letak pun boleh)
sambal bilis bunga kantan

CARANYA
tumis bawang putih dan bawang merah dahulu
masukkan sayur kailan
biarkan selama beberapa minit
masukkan sambal bilis bunga kantan tersebut dan sebatikan
biarkan selama beberapa minit sebelum merasa

TIPS
  1. korang perlu ingat,garam hanya perlu ditambah jika kurang rasa pada akhirnya,kerana sambal tersebut kebiasaannya dah masin.apa lagi mak aku selalu pesan garam mesti diletakkan last sekali untuk mengelakkan masakan menjadi terlalu masin nanti
  2. kalau korang nak tambah kepedasan pada lauk tu sila la tambah sendiri ye...sebab kalau orang biasa makan pedas mungkin tak lalu nak makan kalau tanpa rasa hangat cili tu...hahaha
  3. sekarang korang dah tau kan begitu mudahnya mencipta resepi baru..aku ni memang suka sangat mencuba ni..lepas ni banyak lagi resepi yang akan ku cuba olahkan...tunggu....
SELAMAT MENCUBA!!!!


15 comments:

  1. betul tu.. asalnya resipi yang sedap tu pun hasil rekaan juga.. memasak tu subjektif, lain orang lain caranya.. wah, sedapnya kailan goreng.. :D

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya :)
    Done follow,,mohon follow balik yerr
    Thanks~Salam ukhuwah
    www.kamarularnizam.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. isk..blog ni bgy pengaruh yg kuat la kt Za. Ni yg wat rasa cm nk mkn kailan nih.. kena cari..huhu~
    Za pown suka masak2 n try resepi baru sbb my mom sporting n my bro suka belikan brg2 spy za masak2 sedap2 utk diorg. :) tp kat kolej skrg..xley nk masak.. :(

    ReplyDelete
  4. adui, pegi blog ni je, mesti rasa lapar. huhu. lepas ni, da mkn baru nk jengok la :P

    ReplyDelete
  5. Macam mana Cik masak pasti sedaplah.. ^^

    ReplyDelete
  6. kailan goreng? bagaimana pula dengan ayam goreng? muahaha..=P

    5 Jenis roommate yang mungkin anda temui

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/5-jenis-roommate-yang-mungkin-anda.html

    ReplyDelete
  7. urmm..simple mimple ni..hehe

    ReplyDelete
  8. ahhaa... buat lapar je memalam nih xD NGEEE~

    ReplyDelete
  9. terima kasih semua yang sudi datang jenguk resepi kat sini ^_^

    ReplyDelete