haiiii...
kali ni aku nak share resepi yang salah satu bahan(terung) yang diguna tu
sepatutnye aku tak boleh makan...
tapi aku ni degilll yang xboleh tu la aku nak makan jugakkk
(pikir sedap dulu,sakit pikir kemudianlah)hahahaha
korang nampak tak disitu...tak menyempat nak letak dalam pinggan aku
snap terus dari pan...hahaha(jangan ditiru aksi ni ye)
resepi ni sangat simple...aku main campak je bahan-bahan yang ada...
BAHAN-BAHAN
2 biji terung(sederhana)
2 biji kentang(sederhana)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2@3 biji lada jarum
garam secukup rasa
minyak masak
CARA MEMBUATNYA
- belah kepada dua terung tersebut dan potong kecil-kecil
- goreng terung dengan minyak sehingga lembut(jangan sampai lembik sangat)korang agak-agak sendiri ye.tapiskan
- hiris kentang nipis-nipis lepas tu goreng sehingga masak
- tumis bawang putih,bawang merah+lada yang telah diketuk
- masukkan terung dan kentang yang telah digoreng tadi
- taburkan garam secukupnya dan gaul hingga rata
- siap untuk dimakan..
TIPS:
- kepada sesiapa yang mempunyai masalah angin sila elakkan ye(macam aku ni haaaa)tapi aku makan jugakkk ade aku kisahhhh.
- tujuan goreng terung untuk mencantikkan rupa dan sedapkan rasa..kalau korang tak percaya cuba korang masak terus tanpa goreng mesti akan jadi lebam korang punye terung dan agak amik masa untuk masak.
- kentang perlu digoreng rangup@ala2x masak je terpulang pada citarasa korang la.
- jangan hiris tebal kentang tu,kalau tak lambat lagi la korang nak makan..nipis-nipis ye...hehehe
- kalau korang tak kuat pedas guna satu @ dua biji lada dah la..aku ni suka makan pedas,lagi pedas lagi sedapppp...
SELAMAT MENCUBA!!!