Followers

Tuesday 27 August 2013

#18 Ayam Serai Cinonet

Assalamualaikum...NEW resepi dari saya..  hihihi..jom TRY !



Bahan-bahan
Ayam
Serai
*Cili boh@lada kering
*Bawang merah
  Bawang besar(hiris)
*Bawang putih
*Halia
Daun limau purut
Garam
Ajinomoto
Air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit


Cara-cara
1. Goreng ayam yang telah digaulkan serbuk kunyit dan sedikit garam separuh masak...
2. Ketepikan ayam yang telah digoreng,tumiskan bahan yang telah dikisar halus sehingga naik minyak....
3. Masukkan air asam jawa kemudian tunggu sehingga kering sedikit,jika terlalu kering tambahkan sedikit air....
4. Masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati
5. Masukkan daun limau purut...
6. Rasa,jika tawar tambahkan sedikt garam


Tips
# semasa menumis.pastikan bahan yang ditumis itu masak sepenuhnya.jika tidak nanti akan akibatkan sakit perut..cara untuk mengetahui sama ada bahan itu dah masak ke belum lihat pada permukaan atas bahan,jika minyak dah timbul,masak la tu...

Monday 12 August 2013

#17 Popia gulung Nestum dan Horlicks

Assalamualaikum.. selamat hari raya semua...

sori la bru berkesempatan nak update blog ni.. busy sgt.. al maklumlah dah nak smpai majlis besar ... hihi
okay tanpa membuang masa lagi..cewaahh mcm pengacara plak ni.. korg nmpk tak tajuk entry aku yg besar atas tu..haa ni resepinya..

Bahan-bahan
+ Kulit popia
+ Nestum-> dikisar halus
+ Horlicks
+ Gula-> dikisar halus
+ Putih telur (agen pelekat)
+ Gunting
+ Minyak untuk menggoreng

Cara caranya
-- Gulung popia sehelai demi sehelai. gulung rapat rapat okey.. bila dah sampai hujung tu calitkan sedikit putih telur tuk lekatkan kulit popia tu. gulung sampai habis kulit popia yang ade..
-- Bila habis popia tu digulung guntingkan popia tu secara meruncing.. kemudian goreng la dlm minyak yg panas dgn api yg sederhana sehingga popia bertukar warna keemasan dan boleh asingkan dari kuali.
-- Sejurus selepas diasingkan dari kuali golek golekkan popia tu bersama campuran nestum, horlicks dan gula tadi. Siap untuk dimakan


Mudah kan..cubalah..bkn tuk raya aje..hari biasa pon blh buat dan makan sebagai kudap kudapan :) Gerenti sedap..


.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ..