pin...pinnnnn....macam orang jual ikan pulak dah bunyinya...hahahaha
emm hari ni aku nak share dengan korang macam mana nak olah resepi sesuka hati..
aku ni kalau ikutkan bukan pandai masak pun,secara tak sengaja boleh pulak jadi tukang masak segera kat umah..zaman sekarang dah tak boleh dah bagi alasan perempuan tak pandai masak...
masak itu mudah je..
dari zero boleh jadi hero tau kalau dipraktikkan selalu...
cehhhh melalut apa la aku ni kan???
layan jela resepi ni dulu ye..
aku gunakan sambal bilis bunga kantan(resepi sebelum ni)untuk menghasilkan resepi sukahatiku ini...hehehehehe
BAHAN-BAHAN
satu genggam kailan
sebiji bawang besar(dadukan)
seulas bawang putih (tak letak pun boleh)
sambal bilis bunga kantan
CARANYA
tumis bawang putih dan bawang merah dahulu
masukkan sayur kailan
biarkan selama beberapa minit
masukkan sambal bilis bunga kantan tersebut dan sebatikan
biarkan selama beberapa minit sebelum merasa
TIPS
- korang perlu ingat,garam hanya perlu ditambah jika kurang rasa pada akhirnya,kerana sambal tersebut kebiasaannya dah masin.apa lagi mak aku selalu pesan garam mesti diletakkan last sekali untuk mengelakkan masakan menjadi terlalu masin nanti
- kalau korang nak tambah kepedasan pada lauk tu sila la tambah sendiri ye...sebab kalau orang biasa makan pedas mungkin tak lalu nak makan kalau tanpa rasa hangat cili tu...hahaha
- sekarang korang dah tau kan begitu mudahnya mencipta resepi baru..aku ni memang suka sangat mencuba ni..lepas ni banyak lagi resepi yang akan ku cuba olahkan...tunggu....
SELAMAT MENCUBA!!!!