Followers

Tuesday 23 April 2013

7# Butter Cake Sukahati

Haiiii korang....amacam hari ni sihat tak??hari ni aku nak share dengan korang resepi kek untuk pertama kalinya...hahahaaha sebenarnya kek ni dah kali ke dua aku buat...tapi belum sempat apa-apa dah habis di ngaaapppp(feberet anak buah aku yang sorang tu)ni pun aku buat atas permintaan dia...kecik-kecik dah pandai nak 'request' macam-macam...layan jela....hehehehe



*maaf ye gambar tidak berapa jelas

BAHAN-BAHAN
  • 250g tepung naik sendiri(self raising flour-bluekey yang dalam kotak tu)*kalau nak guna tepung gandum tambahkan dengan 1sk serbuk penaik
  • 250g mentega
  • 220g gula halus 
  • 4 biji telur *saiz sedang
  • sedikit esen vanilla
  • pewarna 
CARA MEMBUATNYA
  1. pukul gula + butter sehingga kembang(putih) dengan kelajuan sederhana
  2. panaskan oven pada suhu 180c
  3. masukkan telur satu persatu dan pukul perlahan
  4. masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam mixer yg berkelajuan sederhana
  5. masukkan esen vanilla dan sebatikan
  6. griskan loyang dengan sedikit mentega
  7. asingkan mengikut warna yang disukai cth: biru,kuning,merah
  8. tompokkan warna kuning dahulu,kemudian diatasnya tompokkan warna merah dan seterusnya warna biru pula
  9. lakukan berulang kali sehingga habis
  10. bakar selama 1jam pada suhu 180c
  11. tunggu sehingga sejuk baru keluarkan dari loyang
TIPS
  • pastikan gula dan butter dipukul sehingga betul-betul kembang kalau tak kek akan menjadi bantat(tak naik)
  • oven mesti dipanaskan terlebih dahulu untuk kek naik dengan cantik
  • yang ni penting...jangan buka pintu oven semasa kek sedang dibakar..buka selepas 30minit untuk test kek dah masak ke belum(aku akan buka oven pada minit ke 45)
  • cucuk kek ditengah dgn mnggunakan lidi,jika tiada adunan melekat bermakna kek sudah masak.
  • boleh menggunakan adunan diatas untuk membuat cup cake juga

SELAMAT MENCUBA!!!!

11 comments:

  1. Wah sedap ^^.saya dah lama tak buat kek.thanks untuk resepi ni :)

    ReplyDelete
  2. tgk rupe mcm xsedap..tp jgn nilai ikut rupa kan?mmm kala usedap nk oder utk bulan pose nnti boleh?ehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar tidak memuaskan...sy ni bukan pro lagi..tapi mujurla masa first time buat aritu xde bantat rasa pun sedap..nk order??nanti sampai umah encik harith hancur kek tu..hahahaha

      Delete
  3. bahan2 simple.. mesti sedap ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah ye..kalau suka tambah satu sudu susu cair@susu segar...

      Delete
  4. nak cuba buat lepas nih..nampak sedap jugak sbb ada kaler biru

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tu pun saya campur je pewarna yang ade...belajar sains semula..boleh lupa pulak campuran apa nak dapatkan colour lain guna basic colour...

      Delete
  5. yum yum mkn cake,baru je mkn cake ni..

    ReplyDelete
  6. mcm tu caranya nak buat colourful.. >.< huk3

    ReplyDelete
  7. Menarik sangat... mudah pulak tu... tq kak.. sudi kongsi resepi yang menarik ni...

    ReplyDelete